Reset Kata Laluan Sistem e-Penyata Gaji & Laporan

Sekiranya anda masih tidak dapat mengingati soalan keselamatan anda atau jawapan bagi soalan keselamatan, sila klik ”Reset Kata Laluan”. Skrin pengesahan untuk Reset akan dipaparkan.



Sila klik butang “Ya” untuk membenarkan sistem reset kata laluan anda dan menghantar kata laluan sementara melalui sms/e-mel kepada nombor telefon/alamat e-mel yang didaftarkan didalam sistem.


Jika klik butang “Tidak”, proses Reset Kata Laluan tidak akan diteruskan. Skrin berikut ini yang memaparkan mesej “Kata laluan sementara sudah hantar. Sila semak email/SMS anda” sekiranya anda memilih butang “Ya”.


“Kembali ke Daftar Masuk” 

Setelah menerima kata laluan sementara. Anda dikehendaki mendaftar masuk ke sistem e-Penyata Gaji & Laporan dalam tempoh tiga (3) hari. 



Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan/Nombor Paspot dan kata laluan sementara dan pilih “Daftar Masuk”.

Selepas mendaftar masuk, sila klik butang “OK” untuk menukar kata laluan sementara tersebut.



Sila masukkan Kata Laluan Sementara, Kata Laluan Baru dan Sahkan kata laluan baru seterusnya klik butang “OK”. Pastikan kata laluan yang dimasukkan adalah betul.



Skrin akan memaparkan mesej “kata laluan berjaya ditukar”. Anda dapat membuat carian penyata gaji/penyata pendapatan seperti biasa.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

eSPEKS 2.1 - Kerajaan Negeri Terengganu