eSPEKS adalah satu produk yang dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia bagi membantu Perbendaharaan Negeri membolehkan pengguna mengakses maklumat status pembayaran, slip gaji dan laporan penyata tahunan melalui internet. eSPEKS mengandungi 3 subsistem iaitu eMaklum, ePayslip dan eEC. Walau bagaimanapun, ke semua modul di dalam eSPEKS boleh diakses melalui satu (1) skrin login. Antara kebaikan yang boleh diperolehi melalui eSPEKS adalah seperti berikut: Kualiti perkhidmatan di setiap Pejabat Perbendaharaan Negeri dapat ditingkatkan dimana makluman pembayaran dapat disampaikan kepada kakitangan awam dan pembekal dengan cepat dan mudah. Apabila kakitangan di Pejabat Perbendaharaan Negeri tidak lagi dibebankan dengan pertanyaan pembayaran, mereka boleh menumpukan tenaga dan masa mereka kepada tugas-tugasan lain. Secara tidak langsung ini dapat menambahkan produktiviti mereka. Pejabat Perbendaharaan Negeri dapat mengurang...
Sistem e-penyata gaji dibangunkan untuk kemudahan staf MARA membuat semakan dan cetakan penyata gaji bulanan masing-masing. Penyata gaji bulanan tersebut hanya boleh digunakan untuk semakan dan rujukan pegawai berkenaan sahaja. Sekiranya hendak digunakan untuk tujuan yang lain, perlulah mendapat pengesahan daripada pegawai mengawal pusat atau pegawai yang diberi kuasa terlebih dahulu. Laman Web: https://online07.mara.gov.my/epenyata/
Ulasan
Catat Ulasan
E-melkan Masalah atau Aduan berkaitan Sistem e-Penyata Gaji & Laporan ke e-mel rasmi epayslip@anm.gov.my dengan menyertakan Nama Penuh, No.KP, No.Gaji, No.Kod Pejabat Perakaunan, No.Kod Jabatan dan No.Kod Pusat Pembayar